Politeknik Muadzam Shah telah melancarkan insentif makanan percuma untuk golongan pelajar yang kurang berkemampuan. Pengarah PMS, Tuan Haji Hassan Ismail berkata program ini diperkenalkan untuk membantu golongan pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan untuk menampung kos sara hidup yang kian meningkat dikala ini. PMS juga perihatin dengan keadaan yang dialami oleh pelajar dan justeru itu program seumpama ini perlu diadakan.
"Berdasarkan tinjauan, semakin ramai pelajar PMS datang dari latarbelakang isi rumah yang berpendapatan rendah dan daif sehinggakan ada pelajar yang terpaksa ikat perut kerana kekurangan sumber kewangan. Keperihatinan pihak PMS terhadap prestasi pelajar yang dilihat terjejas akibat kekurangan wang mencetuskan idea bagi pihak PMS membantu golongan sasar ini." katanya selepas majlis pelancaran majlis tersebut.
Sementara itu, Tuan Haji Hassan berkata program itu merupakan salah satu daripada program We Care PMS iaitu usaha sama AMP PMS membantu pelajar dari segi kebajikan dan akademik.
No comments:
Post a Comment