Tuesday, January 11, 2022

PROGRAM FOOD BANK SISWA

 

9.4.2021 : Seramai 1,200 pelajar Politeknik Muadzam Shah (PMS) di sini menerima makanan menerusi Program Food Bank. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Program Food Bank Siswa di PMS menggunakan konsep Food Pantry di mana pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) menyediakan tempat penyimpanan makanan kering untuk diagihkan kepada pelajar mengikut jadual yang ditetapkan.

Menurutnya, inisiatif Food Bank Siswa bertujuan untuk menyalurkan bantuan makanan kepada pelajar yang memerlukan dan pada masa yang sama membantu meringankan beban sara hidup yang ditanggung. "Program Food Bank Siswa turut mengalu-alukan penglibatan pelajar terutama persatuan pelajar sebagai penggerak program yang berkonsepkan "Daripada Mahasiswa kepada Mahasiswa"

"Program Food Bank Siswa menjadi platform turut membentuk semangat serta budaya kesukarelawan dikalangan pelajar selain menerapkan nilai sifar pembaziran," katanya. Beliau berkata demikian pada Pelancaran Program Food Bank Siswa ke-27 di Politeknik Muadzam Shah (PMS) disini semalam.

Turut hadir, Ahli Parlimen Rompin, Dato'Sri Hassan Arifin. Menurutnya kini seramai 17,954 pelajar di seluruh negara menerima sumbangan bantuan daripada Program Food Bank Siswa. Katanya program Food Bank Siswa yang digerakkan oleh Saketariat Food Bank Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merupakan polisi yang diwujudkan bagi membantu pelajar kurang berkemampuan mendapatkan makanan serta keperluan harian.

"KPDNHEP mengalualukan pembabitan semua pihak termasuk Persatuan Pelajar dan pengurusan IPT untuk bersama dengan KPDNHEP dalam menggalakkan penglibatan sukarelawan di dalam program ini," katanya.



No comments:

Post a Comment

MENU RAHMAH DIPERLUASKAN DI PMS

  Program Menu Rahmah yang menawarkan pada harga RM 5.00 akan diperluaskan di Politeknik Muadzam Shah dalam masa terdekat. Program ini bertu...