Seramai 1,200 orang pelajar Politeknik Muadzam Shah akan menerima sumbangan bantuan sepanjang pengajian mereka di kampus dan pelaksanaan Program Food Bank Siswa di sini menggunakan konsep Food Pantry di mana pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) menyediakan tempat penyimpanan makanan kering untuk diagihkan kepada pelajar mengikut jadual yang ditetapkan.
Inisiatif Food Bank Siswa ini bertujuan untuk menyalurkan lebihan makanan kepada pelajar yang memerlukan dan pada masa yang sama membantu meringankan bebanan kos sara hidup yang ditanggung oleh pelajar.
Inisiatif ini turut dijayakan dengan sokongan daripada para dermawan seperti BS Freshmart, Pantai Selamat (Muadzam Shah) Sdn Bhd, Adabi Kuantan Contribution, Nirwana Hypermarket Sdn Bahd (Jaya Gading), Koperasi Politeknik Muadzam Shah Rompin Pahang, Syarikat Gean Ming Sdn Bahd, Pasaraya Pantai Selamat Sdn Bhd (Telik Sisek) Kuantan, Kumpulan Legasi Z Sufi, Gedung Eng Hong (Semambu) Sdn Bhd, GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd dan Tunas Manja Management Group.
No comments:
Post a Comment