Monday, January 10, 2022

PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PTPTN


KUALA LUMPUR : Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang terkesan akibat banjir ketika ini, boleh mengemukakan permohonan untuk penangguhan bayaran balik pinjaman mulai esok hingga 31 Mac tahun depan. PTPTN dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan permohonan itu boleh dikemukakan melalui portal rasmi www.ptptn.gov.my/PenangguhanBayaranBalikBanjir , atau dengan hadir ke mana-mana cawangan PTPTN yang berhampiran.

Menurut kenyataan itu, tiada sebarang dokumen sokongan diperlukan ketika permohonan berkenaan. "Penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN akibat banjir ini akan diberikan untuk tempoh tiga bulan, bermula pada bulan sama kelulusan permohonan diberikan PTPTN dan dua bulan ke hadapan antara Disember 2021 hingga Mei 2022.

"Kelulusan penangguhan akan dimaklumkan kepada peminjam melalui email dalam tempoh tiga hari bekerja dari tarikh peminjam mengemukakan permohonan. Sehubungan itu, peminjam diingat agar mengemas kini maklumat kelulusan permohonan penangguhan berkenaan dapat disampaikan kepada mereka," katanya.

PTPTN sekali gus merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang bersetuju memberi penangguhan bayaran balik pinjaman itu bagi mereka yang terkesan akibat banjir. Katanya PTPTN komited memastikan urusan terbabit dapat dilaksanakan dengan baik demi kebajikan peminjam.

Sumber : Berita Harian, 27 Disember 2021



No comments:

Post a Comment

MENU RAHMAH DIPERLUASKAN DI PMS

  Program Menu Rahmah yang menawarkan pada harga RM 5.00 akan diperluaskan di Politeknik Muadzam Shah dalam masa terdekat. Program ini bertu...