Tujuan pelaksanaan program ini adalah untuk membantu pelajar dalam skop kebajikan pelajar iaitu pemberian sarapan pagi sebelum masuk ke dewan peperiksaan yang mana ada pelajar yang tidak sempat mengambil sarapan atau ada yang mengalami masalah kewangan. Jika dilihat dari sudut kesihatan pula, sarapan pagi dapat memberikan tenaga dan dapat menjana minda agar lebih cergas sebelum masuk ke dewan peperiksaan.
Pihak kami berharap agar program seumpama ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban perbelanjaan harian Mahasiswa sekelian. Akhir kata, Selamat Menduduki Peperiksaan dan semoga dapat menjawab soalan dengan hati yang tenang.
No comments:
Post a Comment