Sunday, February 12, 2023

MENU RAHMAH DIPERLUASKAN DI PMS

 

Program Menu Rahmah yang menawarkan pada harga RM 5.00 akan diperluaskan di Politeknik Muadzam Shah dalam masa terdekat. Program ini bertujuan memastikan pelajar dari golongan B40 khususnya mampu untuk membeli makanan di cafeteria pada harga yang berpatutuan. Menerusi inisiatif ini diharapkan tiada lagi golongan sasar yang tidak mampu membeli makanan yang menawarkan harga yang berpatutan.

Tuesday, February 7, 2023

MENU RAHMAH DI IPTA DALAM MASA TERDEKAT

 

Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan melaksanakan Program Menu Rahmah di institusi dalam masa yang terdekat, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Beliau berkata, pihak KPT sedang bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk melaksanakan program berkenaan.

KPT dengan KPDN sedang berbincang mengenai perkara ini. Saya rasa (terutama) IPTA dalam KPT tiada masalah untuk menempatkan atau menyediakan ruang bagi menjayakan program ini, katanyakepada sidang media.

Selasa lalu, Mentri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, orang ramai kini boleh menikmati makanan tengahari dan malam masing-masing pada harga RM 5.00 di hampir 15,000 premis makanan di seluruh negara melalui Program Menu Rahmah.

Tuesday, November 8, 2022

PEMANTAUAN MENU KELUARGA MALAYSIA

 

11Oktober 2022 : Pengarah PMS bersama Timbalan Pengarah Akademik dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik telah bersama-sama melakukan pemantauan ke kafeteria PMS. Tujuan pemantauan ini dilaksanakan bagi memastikan kelancaran operasi kafeterian dan perlaksanaan Menu Keluarga Malaysia. Disamping itu juga Pengarah sempat beramah mesra dengan pelajar yang sedang membeli dan menikmati hidangan tengahari di kafeteria tersebut. Diharapkan pelaksanaan Menu Keluarga Malaysia ini dapat membantu pelajar bagi mendapat hidangan yang berkhasiat dengan harga yang berpatutan.

Thursday, February 3, 2022

ZIARAH PMS

 

Ziarah PMS ke rumah Allahyarham Badrul Hakim bin Rajali, pelajar Diploma Teknologi Media Cetak (DMC 3A) yang telah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya di Batu Pahat pada hari Sabtu. Pihak PMS juga menyampaikan sumbangan ikhlas kepada keluarga Allahyarham. Semoha rohnya ditempatkan bersama roh orang yang soleh. Al-Fatihah.

Wednesday, February 2, 2022

PEMBERIAN FACE MASK PERCUMA

 

Penyerahan face mask dari Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah disampaikan oleh YB Datuk Norshida Ibrahim, Pegawai Tugas-tugas Khas 2 kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan. Sumbangan tersebut telah diterima sendiri oleh Pengarah PMS, Tuan Haji Hassan bin Ismail. PMS menempatkan lebih 700 orang pelajar di dalam kampus yang berkeperluan agar proses PdP mereka dapat berjalan dengan lancar. PMS merakamkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan yang sentiasa mengambil berat dengan keperluan pelajar di PMS khasnya. Jumlah face mask yang disumbangkan adalah sebanyak 5000 keping dan akan diserahkan kepada semua pelajar yang terlibat.



Tuesday, January 18, 2022

PROGRAM "WE CARE" PMS

 

Politeknik Muadzam Shah telah melancarkan insentif makanan percuma untuk golongan pelajar yang kurang berkemampuan. Pengarah PMS, Tuan Haji Hassan Ismail berkata program ini diperkenalkan untuk membantu golongan pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan untuk menampung kos sara hidup yang kian meningkat dikala ini. PMS juga perihatin dengan keadaan yang dialami oleh pelajar dan justeru itu program seumpama ini perlu diadakan.

"Berdasarkan tinjauan, semakin ramai pelajar PMS datang dari latarbelakang isi rumah yang berpendapatan rendah dan daif sehinggakan ada pelajar yang terpaksa ikat perut kerana kekurangan sumber kewangan. Keperihatinan pihak PMS terhadap prestasi pelajar yang dilihat terjejas akibat kekurangan wang mencetuskan idea bagi pihak PMS membantu golongan sasar ini." katanya selepas majlis pelancaran majlis tersebut.
Sementara itu, Tuan Haji Hassan berkata program itu merupakan salah satu daripada program We Care PMS iaitu usaha sama AMP PMS membantu pelajar dari segi kebajikan dan akademik.


Friday, January 14, 2022

MUIP BANTU PELAJAR PMS

 

MUADZAM SHAH, 8 JULAI 2021 - YBrs Dr Haji Asmadi bin Abdul Rahman selaku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Baitulmal dan Operasi Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) hari ini telah mengadakan lawatan ke Politeknik Muadzam Shah. Hadir bersama Pengurus Cawangan MUIP Daerah Muadzam Shah serta 2 orang kakitangan MUIP MUadzam Shah.

Kehadiran YBrs Dr Haji Asmadi disambut oleh Tuan Haji Hassan Ismail selaku Pengarah Politeknik Muadzam Shah. Penerangan ringkas mengenai sumbangan MUIP telah diberikan serta gimik serahan disempurnakan oleh YBrs Dr Haji Asmadi.

Sumbangan makanan dan minuman pada kali ini diberikan kepada pelajar-pelajar yang memerlukan agar mereka dapat teruskan pembelajaran mereka dengan cemerlang walaupun terpaksa menghadapi ujian wabak covisd 19 yang melanda di seluruh dunia.

MUIP bersedia menghulurkan agihan keperluan pengurusan yang melibatkan kebajikan pelajar dan kakitangan yang memerlukan. Sebarang permohonan berkaitan zakat bolehlah menghubungi MUIP Muadzam Shah di talian 09-4523324. Terima kasih kepada semua pembayar zakat,anda adalah wira sebenar.

Sumber : muip.gov.my 


MENU RAHMAH DIPERLUASKAN DI PMS

  Program Menu Rahmah yang menawarkan pada harga RM 5.00 akan diperluaskan di Politeknik Muadzam Shah dalam masa terdekat. Program ini bertu...